Memikat Google dengan mengorat pembaca

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

apabila bercerita mengenai memikat Google, ianya adalah berkaitan dengan search engine optimization atau singkatan SEO. Tujuan SEO dilakukan adalah untuk menempatkan halaman kita di laman pertama enjin carian seperti Google.com

Proses ini ada pelbagai strategi dan teknik, namun strategi yang paling mudah untuk dilakukan adalah dengan mengorat pembaca untuk kekal lama di halaman kita. Apabila kita fokus pada perkara ini, Google secara automatik akan menyukai laman kita, dan seterusnya memberikan kedudukan yang baik dalam enjin carian.

perhubungan kasih bersama pembaca

Tulis untuk pembaca

Apabila kita menulis untuk pembaca, mereka akan kekal lama dalam halaman kita, terutama apabila cukup banyak artikel berkaitan yang mereka boleh rujuk dan baca. Ini akan memberikan signal kepada Google mengenai akativiti yang dilakukan oleh pembaca di halaman kita.

Signal ini dibaca oleh google apabila kita mengaktifkan Google Search Console dan Google Analytics di halaman kita. Data-data yang dikutip oleh perkhidmatan percuma Google ini akan menyebabkan Google membuat penilaian yang mendalam untuk halaman kita.

Pembaca adalah individu yang menggunakan Google untuk keperluan harian mereka. Setiap hari ada sahaja pengguna yang menggunakan Google untuk menyelesaikan masalah mereka dan di sini adalah peluang untuk kita memberikan penyelesaian dalam bentuk penulisan artikel.

memikat google semudah memikat pembaca

Pembaca yang kerap datang akan memberikan impak jangka masa panjang

Semakin banyak kita menerbitkan artikel berkaitan, semakin kerap pembaca akan datang berkunjung untuk membuat rujukan. Ini perkara yang sangat baik apabila mengusahakan sesebuah laman sesawang. Salah satu kejayaan sebuah laman sesawang adalah apabila pengunjung kerap hadir kembali.

Untuk permulaan, boleh aim untuk capai 30% returning visitors pada laman sesawang yang sedang kita usahakan. Selebihnya adalah trafik dari pelbagai sumber seperti Google.com, Social media seperti FB dan lain-lain.

Semua data ini boleh dilihat menggunakan Google Analytics dan ianya akan memberikan kita panduan untuk merancang strategi dan teknik untuk masa akan datang.

Bermula sekarang, fokus untuk memberikan penerangan yang baik kepada pembaca kita, memikat pembaca adalah kunci utama untuk kita boleh memikat Google kerana asas perniagaan Google adalah untuk lebih ramai menggunakan enjin carian mereka.

Tugas kita? Bantu perkara itu tercapai. Selamat menulis.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge