Pentingnya menggunakan Google Analytics untuk penilaian laman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kali ini ingin bercerita mengenai Google Analytics, perkhidmatan percuma yang disediakan oleh pihak Google untuk membantu empunya laman sesawang mengenalpasti apa yang sedang berlaku dalam laman mereka.

Perkhidmatan ini walaupun percuma, mempunyai begitu banyak fungsi yang akan memberikan manfaat andai digunakan dengan betul. Kita akan bercerita lebih mendalam mengenai fungsinya dalam artikel yang berlainan.

membuat analisa menggunakan Google Analytics

Google Analytics sebagai alat pengumpul data

Asas utama Google Analytics adalah mengumpulkan data pelawat yang hadir mengunjungi laman sesawang kita. Pelawat ini mungkin melakukan pelbagai aktiviti dan aktiviti ini akan membolehkan kita menyusun banyak perkara.

Antara perkara penting yang kita boleh kenalpasti adalah sejauh mana, penulisan kita mendapat perhatian pembaca. Adakah mereka hanya melayari tanpa berminat dengan penulisan kita atau sebaliknya.

Data statistik yang diberikan ini akan memberikan peluang untuk kita merancang artikel-artikel masa depan, merancang aktiviti pemasaran, menyusun tawaran istimewa dan perkara seumpamanya.

Tanpa data sebegini, kita hanya akan berteka-teki dengan apa yang kita ingin lakukan.

menganalisa data-data yang dikumpulkan oleh google analytics

Cara mudah mengaktifkan Google Analytics

Anda hanya memerlukan akaun gmail untuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan ini. Jika anda gemar membaca, boleh dapatkan Panduan Percuma Google Analytics.

Atau anda boleh tonton video tutorial yang telah disediakan di bawah.

Selepas anda selesai memasang Google Analytics, data-data pelawat akan direkodkan. Kita akan bincang bagaimana untuk membaca data-data ini dari masa ke semasa.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge