Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ini kita ingin bercerita bagaimana untuk meninggalkan komen yang berkesan semasa melakukan aktiviti blogwalking mempromosikan artikel. Meninggalkan komen ini andai dibuat sambil lewa tidak akan memberikan impak yang begitu hebat.
Andai kita menguruskan penulisan komen ini dengan penuh berhemah, impak yang kita akan terima selepas itu adalah sangat baik dan berguna untuk blog dan artikel yang kita usahakan. Mari kita sama-sama amati beberapa perkara penting semasa ingin menulis komen di mana-mana blog yang kita layari.
Membaca sepenuhnya artikel yang diterbitkan
Ini perkara pertama yang perlu kita buat, apabila kita ingin meninggalkan komen, sila pastikan kita baca terlebih dahulu keseluruhan artikel yang telah ditulis dan diterbitkan. Ada ramai yang melakukan aktiviti blogwalking tetapi tidak membaca artikel yang telah ditulis. Ini berlaku disebabkan mereka terlalu mengejar jumlah blog yang perlu ditinggalkan komen.
Sekiranya kita tidak membaca artikel yang ditulis, besar kemungkinan kita akan menulis komen yang general atau lari daripada konteks sebenar artikel itu ditulis. Penulis berpengalaman biasanya akan dapat menghidu aktiviti penulisan komen tanpa baca ini. Akhirnya, komen kita itu hanya akan menjadi komen yang berlalu sepi.
Andai kita baca artikel, kita akan dapat memahami penulisan, menghayati konteks artikel, dan akhirnya mendalami perasaan penulis dalam penulisan artikel yang telah dicurahkan. Ini akan membolehkan kita membina perhubungan lebih baik dengan penulis.
Ulas sekadarnya, tanya, puji atau berikan kredit bila bersesuaian
Selepas selesai membaca, kita bolehlah menulis komen yang bersesuaian. Bersesuaian di sini bergantung kepada jenis artikel yang ditulis, ada artikel yang meminta pendapat, ada yang bertanyakan soalan, ada yang mempromosikan sesuatu tempat, ada yang sekadar berkongsi cerita.
Semua jenis artikel yang berbeza ini akan memerlukan komen yang berbeza, sebab itu penting untuk kita baca terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen. Andai ianya soalan, cubalah jawab jika kita memang faham topik tersebut, jika tidak, kita boleh nyatakan minat untuk mengetahui mengenai topik itu juga.
Jika ianya perkongsian cerita yang membeikan impak positif dalam kehidupan kita, bolehlah ucapkan terima kasih dan pujian kepada penulis. Kemudian tambah sedikit ulasan bagaimana ianya memberikan kesan kepada kehidupan kita. Pasti berbunga-bunga hati penulis selepas itu.
Menulis komen untuk menarik perhatian pembaca lain
Selain kita menulis komen untuk penulis, kita juga ingin menarik perhatian pembaca lain. Akan ada ramai pembaca yang turut sama membaca senarai komen untuk info-info tambahan yang berkaitan. Di sini kita perlu berhati-hati agar tidak melebih-lebih. Cukup sekadar memberikan info tambahan yang akan menyokong penulisan asal penulis.
Jika kita ingin menarik perhatian dengan memberi cacian atau komen yang tidak sepatutnya, sila elakkan. Ini hanya akan mewujudkan hubungan yang kurang baik antara empunya laman, pembaca laman tersebut dan kita. Kita mahu membina perhubungan yang baik bukan sebaliknya.
Semoga selepas ini, aktiviti menulis komen semasa menjalankan blogwalking akan lebih berkesan dan memberikan impak yang positif. Selamat menulis artikel dan menulis komen.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Menguruskan promosi artikel yang telah diterbitkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita telah menerbitkan sejumlah artikel, langkah penting yang perlu kita lakukan adalah membuat…... Baca selanjutnya »
Meningkatkan pemasaran untuk artikel yang telah diterbitkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, biasanya membina rutin penulisan itu memerlukan masa, ada yang mengambil masa 3 bulan, ada…... Baca selanjutnya »
Artikel bermusim yang bersifat evergreen
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mengusahakan penulisan artikel, ada banyak topik yang akan menjadi topik evergreen atau…... Baca selanjutnya »
Menguruskan Call To Action yang efektif
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita menguruskan halaman jualan dalam web atau blog kita, penting untuk kita mengenalpasti…... Baca selanjutnya »
Pentingkah melakukan promosi artikel?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita telah mencapai rutin penulisan artikel yang mantap, satu perkara penting yang wajib…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions