Menguruskan promosi artikel yang telah diterbitkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

apabila kita telah menerbitkan sejumlah artikel, langkah penting yang perlu kita lakukan adalah membuat promosi agar lebih ramai mengetahui mengenai kewujudan artikel kita. Tanpa promosi, artikel kita akan bergerak lebih lambat.

Ini perkara yang perlu dilakukan oleh setiap empunya laman, andai tidak melakukan sendiri, perlulah ada wakil yang melakukan. Namun tanpa pengalaman melakukan sendiri, sukar untuk kita memberi panduan kepada orang lain untuk melakukan aktiviti yang tepat.

pengurusan promosi artikel  yang penting untuk dibuat

Dalam artikel strategi pengurusan promosi di media sosial, teknik bagaimana menjadualkan promosi mengikut sela masa yang sesuai ada dikongsikan. Ini adalah perkara asas yang perlu kita lakukan, pilih tempat yang sesuai mengikut sasaran pembaca artikel yang ditulis.

Kemudian kita ada bercerita mengenai bagaimana menguruskan aktiviti blogwalking. Ini juga salah satu daripada kaedah atau teknik mempromosikan artikel kita yang sangat berkesan. Kesannya boleh dilihat dalam masa yang sangat singkat. Dalam tempoh beberapa hari atau minggu sahaja perubahan ketara dalam aliran trafik kita akan dapat dilihat.

Apa yang penting, untuk memilih blog yang sesuai agar trafik yang kita inginkan itu dapat ditarik masuk ke artikel yang kita telah terbitkan.

memerlukan masa untuk diselesaikan

Semua proses ini mengambil masa, jadi ianya perlu dilakukan selari dengan aktiviti penulisan yang sedang diusahakan. Kita tidak mahu ketinggalan apabila melakukan promosi ini terlalu lewat.

Ianya tidaklah sampai memberikan keburukan, tetapi andai kita boleh usahakan lebih awal, itu lebih baik. Dua teknik iaitu dengan mempromosikan di media sosial dan blogwalking ini sebenarnya akan memberikan kesan yang positif bila dilakukan secara konsisten.

Kata kuncinya di sini adalah konsisten, selain konsisten menulis, konsisten mempromosikan blog kita juga sama penting. Kita tak boleh sekadar mengharapkan tuah semata-mata dalam situasi ini. Ada perkara yang perlu diuruskan dengan baik agar memberikan kesan dan impak yang diinginkan.

membuat promosi yang berterusan

Perlu sentiasa diingat, promosi dan pemasaran perlu dilakukan kepada kelompok sasaran, bukan sekadar membuta tuli. Andai sasaran kita wujud di platform A, fokus pada platform tersebut, tak perlu nak luangkan terlalu banyak masa di platform yang lain.

Mulakan sekarang, usah malu dan segan untuk mempromosikan artikel kita, sebab ada banyak perkara dan ilmu yang ingin mereka baca. Tanpa promosi, mereka tidak tahu kewujudan artikel yang telah diterbitkan. Jika mereka tidak tahu, bagaimana kita ingin memikat pembaca dengan penyelesaian masalah yang telah kita garab sebaiknya.

Selamat menulis dan mempromosikan artikel yang ditulis.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge