Assalamualaikum dan salam sejahtera,
jika sebelum ni, kita pernah bercerita mengenai topik apa orang kata kalau kita tulis begitu dan begini. Biasanya ianya dikaitkan dengan perkara negatif. Namun kita semua akan mengubah ianya menjadi tanggapan positif pula. Apa yang kita sangka, akan menjadi doa dan menjadi perkara yang benar.
Penting juga untuk kita uruskan sangkaan yang positif ini, kerana tanpa pengurusan yang baik, kita mungkin akan terleka dan tidak mengambil peluang atas kesan dan impak positif yang diterima. Impak positif ini sebenarnya kita akan dapat ukur apabila data-data yang kita kutip dari laman disusun dan dianalisa dengan baik.
Artikel tiba-tiba jadi viral
Ini antara impak positif (kadangkala boleh jadi negatif) yang boleh berlaku pada zaman media sosial ini. Tiba-tiba artikel kita dikongsikan oleh orang ramai hingga ianya menjadi viral. Viral ni bersifat dua mata, ada cabang baik, ada juga cabang yang tidak baik.
Sekiranya cabang baik yang kita terima, contohnya ramai yang ingin mendapatkan produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.
Pada ketika itu, penting untuk kita persiapkan segala macam tools agar kita dapat melayani semua bakal pelanggan ini. Jika tidak, situasi yang seperti bertemu lombong emas itu akan bertukar menjadi perkara yang menyebabkan mimpi ngeri.
Bakal pelanggan lari, imej perniagaan boleh tercalar dan banyak lagi. Namun jika kita telah buat persediaan, perniagaan kita akan terus meluncur laju, lebih ramai pelanggan baru yang akan kita perolehi dan yang paling penting, jualan kita bertambah selari dengan perkembangan situasi viral tadi.
Persediaan yang perlu dilakukan
Bergantung kepada jenis perniagaan yang kita usahakan, antara perkara yang boleh kita persiapkan adalah, persediaan teknologi seperti hosting, borang tempahan, dan seumpamanya dalam laman kita agar ianya dapat menjadi wakil jualan tanpa perlu penglibatan kita secara menyeluruh.
Ini salah satu contoh persediaan yang boleh kita lakukan, bergantung kepada jenis aktiviti yang kita jalankan, persediaan ini boleh jadi berbeza-beza. Kita perlu kenalpasti agar ianya tidak memberikan tamparan pulang yang tidak sepatutnya.
Kita akan bincang beberapa case study apabila tiba masanya. Selamat menulis.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Hujan hadir, perlu ditadah atau biarkan terus mengalir
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saban hari kita mengusahakan penulisan artikel, kita telah melakukan banyak perkara. Antaranya kaedah blogwalking…... Baca selanjutnya »
Membina borang hubungi menggunakan Contact Form 7
Assalamualaikum dan selamat pagi, kali ini kita akan bercerita mengenai kaedah untuk menyediakan borang hubungi dalam laman. Borang hubungi…... Baca selanjutnya »
Menguruskan Call To Action yang efektif
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita menguruskan halaman jualan dalam web atau blog kita, penting untuk kita mengenalpasti…... Baca selanjutnya »
Usah berlaku kejam dengan idea anda sendiri
Seringkali ada sahaja yang menjadikan tiada idea untuk menulis sebagai alasan untuk mereka tidak menulis. Tapi sebenarnya bukan sebab tak ada idea,…... Baca selanjutnya »
Blog masih relevan?
Soalan ini sehingga harini akan ditanya, masih relevan ke buat blog ni? memang untuk yang tak memahami, mereka akan merasakan dunia sosial…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions