Pentingnya menguruskan data dalam laman sesawang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sudah beberapa kali topik mengenai pengurusan data ini telah dikongsikan. Daripada proses untuk mengaktifkan Google Search Console, kemudian kita ada sentuh mengenai Google Analytics serta beberapa artikel lain yang secara tak langsung bercerita mengenai data.

Data ini adalah harta intelek yang perlu kita jaga untuk memberikan manfaat kepada diri kita sendiri. Semakin banyak data yang kita kumpul, semakin hebat data ini akan membantu kita dalam menguruskan pemasaran atas talian.

Data yang dikutip ini sebenarnya ada pelbagai jenis dan kegunaan, andai kita pada awalnya tidak dapat memahami data yang telah dikutip, itu perkara yang tidak perlu digusarkan. Namun penting untuk kita memulakan pengumpulan data, terutama apabila lama kita sudah mula dipromosikan.

menggunakan data untuk kepentingan peribadi

Merancang artikel dan pemasaran berpanduan data

Salah satu kelebihan apabila kita boleh membuat analisa data dengan tepat adalah kita akan dapat merancang artikel akan datang dan kempen pemasaran secara lebih jitu. Contoh kita mempunyai kelompok pembaca dari satu kawasan yang ramai dan kawasan itu sangat sesuai dengan produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.

Ketika itu, kita boleh membuat tawaran istimewa khusus untuk kawasan tersebut, atau menyediakan perkhidmatan spesifik yang akan menyebabkan pembaca dari kawasan itu terkesan dan terus mengambil tindakan. Ini hanya salah satu contoh bagaimana kita boleh menggunakan data yang telah kita kumpul.

Selain daripada perancangan begini, kita juga boleh menyusun iklan kita berdasarkan data yang telah dipungut. Cotnoh jika ramai pembaca perempuan, kita tulislah iklan kita untuk golongan perempuan. Begitu juga sebaliknya, data sebegini digunakan oleh syarikat-syarikat besar untuk membolehkan mereka memahami kelakuan pembaca dan pengguna.

sasaran tepat untuk melakukan pemasaran

Data menyebabkan kita menjadi sasaran

Apabila kita melakukan aktiviti dalam dunia digital ini, banyak data yang dikutip dengan izin mahupun tanpa izin. Keizinan ini biasanya dimasukkan dalam terma dan syarat perkhidmatan yang panjang lebar, dan biasanya kita akan terus setuju tanpa membacanya terlebih dahulu. Dari situ, kebenaran untuk menggunakan data telah pun diperolehi dan menyebabkan lebih banyak info dapat dikumpulkan untuk pelbagai kegunaan.

Andai hari ini kita rasa pelik, bagaimana iklan-iklan yang sepatutnya tidak relevan tetapi tetap hadir dalam kehidupan kita hanya sebab kita pernah berbincang, pernah berbual mengenai topik tersebut.

Inilah yang digunakan oleh pengiklan apabila data-data yang diperolehi dan dihadam oleh algoritma tertentu dan mengaitkan antara satu data dan data lain yang diperolehi. Kita mungkin marah ianya dilakukan keatas kita, namun itulah hakikat yang perlu kita terima. Langkah seterusnya adalah bagaimana kita boleh menggunakan data yang sama untuk membuat sasaran yang lebih tepat.

Selamat mengumpulkan data.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge