URL Pendek untuk promosi lebih berkesan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

apabila kita ingin mempromosikan artikel kita di pelbagai platform online, ada platform yang menyebabkan pautan URL tidak dapat diklik secara terus. Andai URL artikel kita panjang, proses promosi akan terganggu. Ada yang menggunakan perkhidmatan seperti bitly untuk tujuan ini.

Ianya bukanlah satu kesalahan, namun ada ketika, domain bitly ini dihadkan penggunaannya di sesetengah platform atas sebab yang tidak diketahui. Apabila perkara ini berlaku, kita perlu mencari solusi yang lebih baik.

URL Shortener untuk pengurusan pautan lebih mudah

Penggunaan plugin untuk menguruskan URL pendek

Salah satu kelebihan WordPress adalah kebolehupayaan untuk menambah fungsi menggunakan plugins. Antara plugin percuma yang disyorkan untuk menguruskan URL pendek ini adalah Pretty Links. Walaupun ada versi berbayar, Pretty Link memberikan kemudahan untuk kita memendekkan url artikel kita.

Cara untuk memasang plugin ini, hanya perlu pergi ke ruangan plugins » add new » buat carian pretty links » kemudian activate.

plugin pretty links yang memudahkan
plugin pretty links

Selepas itu, akan ada paparan capaian pantas di dashboard seperti dalam gambar di bawah.

capaian pantas pretty links

Anda boleh memasukkan url penuh di ruangan Target URL kemudian pada bahagian pretty link di bawah itu, sama ada biarkan random generated character atau kita boleh define sendiri URL yang ingin digunakan.

Dalam tetapan Pretty Link, anda akan dapat melihat berapa banyak kali link tersebut di klik dan data-data lain.

Contoh yang digunakan pautan URL https://bloggertua.com/gsc akan dibawa ke artikel mengenai Google Search Console yang telah saya terbitkan.

Tujuan menggunakan fungsi URL pendek seperti pretty links ini adalah untuk memudahkan promosi dilakukan. Selamat mencuba.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge