Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ini akan berkongsi bagaimana untuk mengaktifkan Google Search Console dengan cara yang mudah. Baru-baru ini, Google Search Console memperkenalkan pengaktifan domain. Namun untuk tutorial kali ini, kita masih menggunakan URL Prefix.
Kenapa penting mengaktifkan Google Search Console
Google Search Console ini merupakan perkara yang penting untuk kita aktifkan kerana ianya akan menjadi alat untuk memberitahu Google mengenai artikel-artikel kita yang baharu diterbitkan.
Selain itu, ianya juga berperanan untuk memaklumkan sekiranya ada masalah berkaitan laman kita. Contohnya masalah keselamatan, robot tak boleh nak akses laman dan pelbagai lagi.
Selain itu, ada juga perkara yang berkaitan dengan optimasi seperti kata kunci dan banyak lagi. Kita akan bercerita mengenai Google Search Console ini secara lebih mendalam dari masa ke semasa.
Langkah untuk mengaktifkan Google Search Console.
Dalam video tutorial ini, anda akan mempelajari salah satu kaedah untuk mengaktifkan Google Search Console anda. Contoh yang digunakan adalah melibatkan WordPress dan plugin All in one SEO.
Boleh tonton video penuh di bawah.
Jika anda ada sebarang masalah atau pertanyaan, boleh gunakan ruangan komen di bawah untuk meninggalkan soalan anda.
Selamat mencuba.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Perubahan strategi blogging tahun 2020?
Bila bercerita mengenai blogging, akan lebih ramai merasakan ianya sudah tidak relevan disebabkan wujudnya rangkaian media sosial seperti Facebook, Instagram, Telegram, Whatsapp,…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions