Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ini kita akan bercerita mengenai kaedah atau teknik untuk mengubah butang read more dalam laman WordPress yang digunakan. Sebenarnya ada beberapa cara yang kita boleh guna untuk mengubah tulisan read more itu kepada perkataan yang kita ingin gunakan.
salah satu daripada cara mudah untuk mengubah perkataan tersebut adalah dengan menggunakan plugin untuk menguruskannya. Plugin yang boleh digunakan adalah plugin Read More Excerpt Link. Plugin ini membolehkan kita untuk mengalih bahasa perkataan read more di ruangan artikel kita.
Plugin ini mudah untuk digunakan kerana anda hanya perlu install dan activate, kemudian pergi ke ruangan settings > Read More Excerpt untuk membuat tetapan. Selepas itu, paparan seperti di bawah akan kelihatan dan anda boleh masukkan perkataan yang anda ingin gunakan.
Cara manual menukarkan ayat read more
Berikut adalah cara manual yang lebih teknikal, andai anda tak biasa membuat ubahsuaian begini, sila guna kaedah yang dikongsikan menggunakan plugin tadi. Cara ini sekiranya tersilap buat, boleh menyebabkan blog kita tak dapat dilayari.
Sila tambah kod berikut dalam file function.php yang boleh diperolehi dalam folder /wp-content/themes/nama theme anda/ cari tanda ?> sebelum tanda itu masukkan kod di bawah ini
///* Modify the WordPress read more link
add_filter( 'the_content_more_link', 'ez_read_more_link' );
function ez_read_more_link() {
return '
[ Baca artikel penuh » ]';
// Replaces the excerpt "Read More" text by a link
function new_excerpt_more($more) {
global $post;
return '
add_filter('excerpt_more', 'new_excerpt_more');
Selepas itu anda akan dapat melihat paparan untuk read more bertukar menjadi seperti gambar di bawah ini
Itu sahaja, selamat mencuba.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Bagaimana nyah-aktifkan plugin bermasalah
Assalamualaikum dan salam sejahtera, sejak kemaskini terbaru WordPress yang memperkenalkan status error yang baru, kita perlu mengenalpasti apa…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions