Menyediakan ruang yang selesa untuk berkarya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

salah satu perkara yang akan membantu dalam kesinambungan kita menulis adalah ruang yang selesa. Ruang selesa ini ada pelbagai, ikutlah yang selesa untuk kita, bukan selesa untuk orang lain, tetapi membebankan untuk kita.

Ruang yang selesa sebaiknya mempunyai pencahayaan yang cukup. Ini untuk mengelakkan daripada mata kita cepat penat disebabkan aktiviti mengadap skrin yang lama. Semakin lama kita menulis, semakin cepat mata kita letih.

ruang kerja yang selesa memudahkan proses berkarya

Sediakan kerusi yang bersesuaian

Apabila kita kerap menulis dan mengambil masa yang lama untuk menulis, kerusi yang bagus juga memainkan peranan. Jika masih muda remaja seperti penulis, mungkin kesan ini tidak begitu ketara, namun sekiranya kita mula meningkat umur dan jarang bersukan.

Kerusi yang baik adalah kerusi yang memberikan kita postur yang tidak membebankan bahu. Selain itu, aras kerusi dan meja tempat kita menulis juga penting, ini untuk mengelakkan daripada belakang kita lenguh disebabkan kedudukan postur yang tak baik.

Gunakan kerusi yang sesuai untuk menampung berat kita. Andai anda berbadan besar dan berat, kerusi yang kukuh penting agar tiada kerosakan atau kemalangan yang akan berlaku di meja kerja.

ruangan yang dikemaskini mengikut sela waktu
ruang kerja penulis yang telah disusun semula

Ubah susun atur ruangan apabila perlu

Antara perkara yang sedikit sebanyak akan membantutkan produktiviti penulisan kita, adalah apabila kita terlalu lama duduk dalam ruangan yang sama. Jika kita berada di luar, mudah untuk ubah ruangan ini. Namun jika di rumah, perlulah luangkan masa untuk mengubah susun atur meja dan kerusi kita.

Perubahan ruangan ini akan memberikan impak kesegaran semula dan seakan berada ditempat yang berbeza. Sekaligus ini akan membolehkan kita berkarya dan menulis dengan lebih lancar dan baik lagi. Walaupun nampak seperti perkara yang kecil, tetapi impaknya besar.

Semoga dengan tips mudah ini, lebih banyak penulisan yang dapat kita terbitkan. Selamat menulis

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge