Menulis semasa sedang bercuti, perlu atau tidak? dan bagaimana melakukannya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

apabila bermula sahaja cuti sekolah, ramai ibu bapa mula menyusun pelbagai aktiviti bersama keluarga dan anak-anak. Ada yang pulang ke kampung, ada yang pergi bercuti, dan ada juga yang mempelbagaikan aktiviti di rumah.

Setiap keluarga pasti ada perancangan yang berbeza-beza. Namun begitu, bagaimana pula dengan ibu bapa yang sedang mengusahakan penulisan? Perlu atau tidak menulis sepanjang musim cuti ini? Jika perlu bagaimana nak menulis dalam kesibukan melayan keluarga dan anak-anak?

meneruskan penulisan semasa bercuti di pantai

Penulisan perlu diteruskan sekiranya kita ingin kekalkan momentum

Sebagai penulis baru, kita perlu teruskan menulis walaupun ketika musim begini. Mungkin kita akan sibuk untuk menikmati pemandangan, aktiviti bersama keluarga dan pelbagai lagi.

Namun dalam masa yang sama, kita tetap boleh untuk luangkan 20-30 minit hanya untuk menulis. Tidak semestinya perlu menerbitkan artikel setiap hari ketika ini.

Apa yang lebih penting adalah untuk kita meneruskan rutin penulisan itu sendiri, jika kita ingin selangkan sehari untuk menerbitkan artikel baru juga tiada masalah.

suasana pergunungan yang mendamaikan

Latihan menulis dalam keadaan masa terhad

Dalam musim begini, kita boleh melatih diri kita agar menulis dengan ringkas dan padat. Konsep tidak berfikir terlalu mendalam, tetapi terus buat akan membantu kita mencapai tujuan ini.

Kita hanya perlu menerangkan satu perkara dalam setiap penulisan, tidak perlulah menulis semua perkara yang kita lalui. Ada aktiviti yang kita simpan ketika telah tamat musim bercuti.

Apabila kita mampu menulis kurang daripada 15 minit untuk sesebuah artikel (tanpa mencari gambar dan sebagainya), kita akan mampu untuk menyiapkan lebih banyak penulisan setiap hari.

Gunakan aplikasi penulisan yang kita gemari, contohnya Google Keep.

koleksi gambar semasa bercuti untuk penulisan

Tulis perkara yang membuatkan kita bertambah gembira

Semasa musim cuti sekolah, sedang pergi melancong, sedang pulang ke kampung, kita tidak mahu merosakkan mood kita dengan perkara yang tidak menggembirakan atau membebankan.

Hanya pilih topik yang akan membuatkan kita tersenyum apabila menulisnya. Cerita mengenai keluarga, mengenai lokasi tempat menarik yang kita kunjungi, antara contoh yang boleh kita garab menjadi penulisan yang santai dan menarik.

Bayangkan aktiviti menulis boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan juga ketika kita sedang menenangkan fikiran dan merehatkan minda. Yang penting, pilih topik yang ringan dan santai di minda kita.

Semoga sedikit tips ini akan membantu semua untuk meneruskan aktiviti penulisan sepanjang musim cuti sekolah.

Selamat menulis.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge