Menguruskan sangkaan dalam penulisan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

apabila kita mula banyak menerbitkan artikel di laman kita, ada banyak kesan yang akan kita hadapi. Antaranya adalah sangkaan berbeza-beza daripada pembaca. Ini perkara yang ada ketikanya menyebabkan kita tidak mahu meneruskan penulisan.

Serangan-serangan daripada persekitaran ini sebenarnya memang akan wujud walaupun kita tidak menulis. Cuma apabila kita memulakan sesuatu yang baru, kita akan ada kecenderungan untuk menyalahkan perkara baru yang kita buat itu.

bagaimana menguruskan sangkaan dalam penulisan

Usah terkesan dengan sangkaan mengarut

Ada banyak ketika kita akan merasakan penulisan kita itu akan menyebabkan orang lain terasa, dan pelbagai lagi. Ini hanyalah sangkaan kita sebenarnya, jika kita merasakan sedemikian, itulah yang akan kita alami.

Fikirkan impak positif apabila kita menulis sesuatu perkara, walaupun ianya mungkin akan menyebabkan ada yang terasa, sebab kita tak boleh nak kawal apa yang orang lain rasa.

Sebagai contoh, kita menulis entri mengenai percutian yang kita sedang lalui bersama keluarga atau rakan-rakan. Tiada niat langsung untuk menunjuk-nunjuk tetapi hanya ingin berkongsi pengalaman dan mungkin memberikan inspirasi kepada sesiapa yang membaca.

pemandangan tepi pantai yang mengagumkan

Interpretasi pembaca itu sentiasa berbeza

Satu perkara yang kita tak akan boleh kawal adalah bagaimana seseorang pembaca itu memahami sesuatu topik. Kita boleh berusaha untuk memberikan penerangan yang terbaik, namun salah fahaman, tetap boleh berlaku dengan sendirinya.

Jadi, apa yang perlu kita lakukan?

Perkara yang perlu kita lakukan adalah untuk memberikan seberapa lengkap info yang berkaitan agar ianya menjadi sumber rujukan yang boleh membantu mereka memahami mengenai topik yang ingin kita sampaikan.

Jika berkaitan dengan lokasi bercuti, kita boleh juga buat ulasan lanjut yang akan memberikan keseimbangan dalam penulisan yang kita kongsikan itu.

Semoga semua penulisan yang kita terbitkan akan memberikan impak yang baik kepada semua pembaca.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge