Mengharapkan hasil cepat daripada artikel blog

Antara perkara yang menyebabkan ramai kecundang apabila mengusahakan sesebuah laman sesawang atau blog adalah kerana mereka ingin mendapat hasil yang sangat cepat. Ini memang boleh dicapai sebenarnya, tetapi dengan bantuan pengiklanan berbayar.

Jika ingin mengharapkan trafik organik, ianya tidak cepat, dan tidak pula terlalu lambat. Bezanya untuk penulis berpengalaman, mereka akan boleh mempercepatkan proses mendapatkan trafik organik ini. Cepat di sini bukanlah sehari dua, tetapi beberapa bulan berbanding tempoh pengusaha yang baru.

mengusahakan blog secara konsisten

Sepanjang hampir 16 tahun mengusahakan blog ini, memang kebanyakan yang bertahan lama kerana mereka faham perkara ini. Kalau mereka tak faham pun, mereka mulakan kerana mereka ingin berkongsi ilmu dan pengalaman, ingin berkongsi cerita, bukan untuk menjana kewangan semata.

Sudah berpuluh kalau bukan beratus peserta yang menyertai program bersama blogger tua yang pada masa kini, sudah pun tidak mengusahakan blog mereka. Biasanya semasa awal-awal program sahaja akan semangat, kemudian lama kelamaan, mereka akan hilang, sepi tanpa khabar.

menulis artikel merupakan aktiviti marathon

Melihatkan keadaan dan mindset yang mereka ada, saya tak mampu nak buat apa-apa, ini bukan larian pecut, tetapi marathon yang memerlukan kesabaran dan aktiviti yang konsisten.

Andai lemah semangat, pasti tidak akan dapat ke garisan penamat. Sesiapa yang mengusahakan blog, perlu ada kemampuan untuk bertahan lama melakukan aktiviti penulisan, promosikan artikel dan perkara berkaitan. Ianya perlu dilakukan secara istiqomah tanpa mengenal lelah.

Hanya yang teruskan melangkah seperti dalam larian marathon akan bertemu dengan garisan penamat. Sesiapa yang berhenti lama di hentian stesen minuman dan sebagainya, hanya akan dapat melihat yang meneruskan langkah mengutip hasilnya.

Jika anda rasa anda mempunyai semangat yang kuat, usaha yang jitu dan tidak mudah mengaku kalah, jemput untuk usahakan blog yang baik. Jika anda sekadar semangat di mulut, tetapi tidak pada usaha dan hati, blog bukan sesuatu yang sesuai untuk anda.

Anda perlu menjadi pejuang sejati (real fighter) untuk mendapatkan hasil yang luar biasa daripada laman-laman artikel yang diusahakan ini.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge