Assalamualaikum dan salam sejahtera,
pada awal-awal memulakan aktiviti menulis di ruangan dunia digital ni, banyak penulisan yang dibuat apabila ada mood sahaja. Kebiasaannya ketika itu, mood datang tengah malam atau awal pagi, ketika orang lain masih lena di ulik mimpi indah.
Mungkin disebabkan suasana yang tenang tanpa hingar bingar kehidupan menyebabkan menulis lebih mudah ketika itu. Hari berganti minggu berganti bulan. Tahun demi tahun berlalu, akhirnya ada perkara lain yang dapat dipelajari.
Setiap individu ada waktu produktif yang berbeza
Kita semua tidak sama, kita mempunyai gaya hidup berbeza, pengalaman berbeza dan pastinya kelebihan yang berbeza juga. Apabila kita ingin istiqamah dalam menulis, perkara asas yang perlu kita kenal pasti adalah.
Bila waktu produktif untuk kita menulis?
Waktu produktif setiap orang adalah berbeza, ada yang selesa menulis di pagi hari, ada yang selesa menulis waktu tengahari, petang, malam dan sebagainya.
Semua ini membuatkan kita semua sangat istimewa, kerana tidak ada satu orang pun di dunia ini yang sama. Semuanya berbeza, semuanya ada kelebihan masing-masing dan semua ada peluang untuk mendapatkan hasil daripada usaha yang dicurahkan.
Mulakan dengan menulis pelbagai waktu
Pada permulaan, mungkin kita masih belum jelas, waktu produktif untuk kita menulis. Sehubungan itu, kita hanya perlu pelbagaikan waktu kita menulis. Ada ketika kita menulis pagi, ada ketika kita menulis petang, waktu yagn lain kita menulis di malam hari.
Semakin banyak kita menulis, semakin kita jelas kemahiran menulis atau waktu efektif untuk kita menulis. Seandainya kita telah mengenalpasti waktu kita paling lancar menulis, kita hanya perlu menyusun jadual kehidupan seharian untuk menulis pada waktu tersebut.
Proses ini mungkin mengambil masa yang lama, namun andai kita buat dan dapat jawapannya. Memang aktiviti menulis akan bertambah seronok dan kita akan dapat menikmati penulisan yang kita garabkan.
Selamat menulis.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Memberi kesedaran melalui rantaian artikel
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita ingin membuat pemasaran menggunakan artikel, satu perkara penting yang perlu kita tanam…... Baca selanjutnya »
Menyusun artikel mengikut apa yang ingin dicapai
Assalamualaikum dan salam sejahtera, sebelum ini, pernah berkongsi bagaimana kita perlu menyusun artikel mengikut musim agar ianya akan…... Baca selanjutnya »
Bagaimana menguruskan pemasaran untuk artikel yang berkesan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita membina blog atau laman sesawang dan mengusahakan penulisan artikel di dalamnya, penting…... Baca selanjutnya »
Berehat ketika perlu, untuk teruskan dengan lebih jitu
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila menguruskan laman sesawang dan artikel secara intensif, memang ada ketika kita terasa seperti…... Baca selanjutnya »
Jauhi media sosial semasa menulis
Assalamualaikum dan salam sejahtera, ini adalah perkara penting yang perlu kita semat dalam diri, semasa menulis, berhenti seketika…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions