Assalamualaikum dan salam sejahtera,
menguruskan laman WordPress merupakan salah satu aktiviti yang penting untuk kita buat. Ini sangat benar sekiranya kita mempunyai banyak laman yang perlu diuruskan. Jika hanya perlu menguruskan sebuah sahaja laman, lebih mudah sebab boleh terus login ke laman tersebut.
Namun sekiranya kita perlu menguruskan puluhan atau ratusan laman WordPress, seandainya perlu login satu persatu laman, pasti akan mengambil masa yang lama dan ianya menjadi sangat tidak produktif.
ManageWP.com merupakan perkhidmatan yang membolehkan kita menguruskan laman WordPress setempat. Kita hanya perlu login ke laman ini untuk menguruskan semua laman WordPRess yang kita perlu uruskan. Daripada panel kawalan managewp ini, kita akan dapat melihat status semua laman yang telah kita aktifkan.
Hanya dengan beberapa klik, kita akan dapat mengemaskini semua laman yang telah kita masukkan ke dalam manageWP ini. Walaupun ada ketika, kita masih perlu login masuk ke laman WordPress yang terlibat, namun kebiasaannya, semua kemaskini laman boleh dilakukan terus dari manageWP ini.
Setakat ni sudah beberapa tahun menggunakan perkhidmatan ini dan ianya memang membantu mempercepatkan proses selenggara laman seperti kemaskini versi WordPress, kemaskini plugins, kemaskini themes dan seumpamanya.
Perkhidmatan ini mempunyai pakej percuma dan pakej berbayar, anda bolehlah memilih ikut kesesuaian. Kebanyakan laman saya menggunakan pakej percuma sahaja. Sebab andai ada keperluan untuk membuat selenggara lanjutan, proses manual akan dilakukan.
Saya menggunakan managewp hanya untuk aktiviti-aktiviti selenggara mudah yang memerlukan terlalu banyak masa sekiranya ingin melakukannya satu persatu. Selamat mencuba.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Perlu atau tidak mengemaskini WordPress, themes dan plugins
Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam menguruskan laman WordPress, salah satu keperluan penting adalah untuk mengemaskini versi WordPress termasuklah…... Baca selanjutnya »
Chrome extension untuk memudahkan pengurusan laman
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini ingin berkongsi mengenai chrome extension yang kita boleh pasang dalam browser google…... Baca selanjutnya »
WordPress 5.2 – versi kemaskini dengan pelbagai tambahbaikan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, harini pihak WordPress melepaskan versi terbaru untuk WordPress self-hosted, iaitu WordPress 5.2. Versi ini…... Baca selanjutnya »
Memahami fungsi WordPress Site Health
Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam versi terkini fungsi Site Health Status ini telah pun diperkemaskan dengan paparan 2…... Baca selanjutnya »
Membina borang hubungi menggunakan Contact Form 7
Assalamualaikum dan selamat pagi, kali ini kita akan bercerita mengenai kaedah untuk menyediakan borang hubungi dalam laman. Borang hubungi…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions