Assalamualaikum dan salam sejahtera,
salah satu kaedah untuk menarik minat pembaca, terutama apabila kita telah mempunyai pembaca setia adalah untuk melibatkan mereka dalam penulisan kita. Contoh penglibatan ini boleh berlaku dengan membuat olahan semula cerita yang dikongsikan oleh pembaca.
Ada ketika mereka berkongsikan cerita itu dalam ruangan komen, atau mungkin kita membacanya dalam media sosial atau semasa pertemuan dengan mereka. Selain kita mendapat idea baru dalam penulisan, kita juga akan dapat membina perhubungan yang lebih erat bersama pembaca.
Selain itu, mereka akan lebih ghairah dan seronok untuk berkongsikan artikel yang ditulis berdasarkan cerita asal mereka. Ini salah satu sentuhan lembut dalam dunia digital yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Buat soal jawab dalam artikel terdahulu
Selain kita boleh menulis mengenai cerita yang digarab oleh pembaca kita, kita juga boleh mewujudkan soal jawab bersama pembaca. Biarkan mereka bertanya apa juga soalan yang berkaitan, kemudian kita jadikan jawapan untuk soalan-soalan mereka ini sebagai artikel.
Artikel yang menjawab dan menerangkan persoalan tersebut. Ini akan menyebabkan pembaca kita kekal melekat di laman kita dan mereka merasakan kita benar-benar mengambil berat mengenai mereka.
Perkara ini sesuai dilakukan seandainya kita telah mempunyai kelompok pembaca setia yang agak ramai, jika tidak, soalan kita akan sendu berlalu tanpa sebarang maklum balas daripada pembaca.
Kita perlu peka mengenai perkara ini, ada perkara yang akan memberikan impak serta merta, ada juga yang perlukan masa sebelum ianya sesuai untuk dilakukan.
Hargai pembaca dan penulis komen anda
Antara aktiviti lain yang kita boleh lakukan adalah dengan memberi penghargaan kepada pembaca setia yang sudi meninggalkan komen di laman kita. Mungkin boleh sediakan aktiviti penulis komen terbanyak mingguan, bulanan dan tahunan. Kemudian sediakan sedikit token atau hadiah untuk mereka.
Anda akan lihat kesan daripada aktiviti ini untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Mereka akan bersemangat untuk meninggalkan komen setiap hari dalam artikel yang kita terbitkan. Bayangkan setiap hari ada artikel baru, kemudian ditambah dengan aktiviti komen yang rancak, memang impaknya luar biasa.
Mulai hari ini, rancang apakah aktiviti yang boleh menarik minat lebih ramai untuk kekal berada dalam blog anda. Semakin ramai mereka berkumpul, semakin bagus impak yang laman anda akan nikmati. Selamat melakukan.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Memberi kesedaran melalui rantaian artikel
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita ingin membuat pemasaran menggunakan artikel, satu perkara penting yang perlu kita tanam…... Baca selanjutnya »
Menguruskan promosi artikel yang telah diterbitkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita telah menerbitkan sejumlah artikel, langkah penting yang perlu kita lakukan adalah membuat…... Baca selanjutnya »
Meningkatkan pemasaran untuk artikel yang telah diterbitkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, biasanya membina rutin penulisan itu memerlukan masa, ada yang mengambil masa 3 bulan, ada…... Baca selanjutnya »
Pentingkah melakukan promosi artikel?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita telah mencapai rutin penulisan artikel yang mantap, satu perkara penting yang wajib…... Baca selanjutnya »
Bila minda terlalu penat untuk menulis
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita menulis setiap hari, ada ketika minda kita terasa terlalu letih untuk menambah…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions