Kesan mengusahakan penulisan artikel secara berjemaah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

menulis artikel ini merupakan aktiviti yang memerlukan disiplin dan juga komitmen yang agak tinggi terutamanya jika kita mempunyai banyak tugasan lain dalam kehidupan seharian. Namun ianya juga memberikan impak yang bagus sekiranya kita melakukan secara konsisten.

Penulisan artikel bersendirian itu akan memberikan impak yang bagus, impak ini kita akan dapat gandakan sekiranya kita menulis dalam kelompok penulis yang lebih ramai. Sebagai contoh kita ingin menulis sebuah artikel kemudian kita menggabungkan pautan daripada artikel rakan-rakan kita yang turut sama menulis artikel.

kesan membina jaringan penulisan blog

Ini secara langsung dan tak langsung akan membina satu jaringan artikel yang saling bantu membantu. Cuma ianya perlu dilakukan dengan keadaan yang terkawal dan sistematik. Tak boleh dilakukan secara membuta tuli sehingga menyebabkan robot Google atau lain-lain nampak ianya seperti satu kebun pautan yang dibina dengan sengaja.

Andai hari ini kita merasakan menulis artikel itu berat, tiba masa untuk bersama-sama dengan rakan-rakan penulis blog yang lain untuk membina satu jaringan penulisan yang hebat di pasaran Malaysia ini.

Selamat mencuba.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge