Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Google sandbox ini merupakan konsep di mana laman baru berada di bawah pemerhatian Google. Biasanya ianya dikaitkan dengan domain atau laman sesawang yang baru wujud dalam dunia digital. Tujuan Google Sandbox ini diwujudkan adalah untuk mengelakkan spammer berleluasa dengan mendaftar domain baru, kemudian membuat lambakan artikel serentak.
Kebiasaannya, sepanjang tempoh laman dalam pantang Google Sandbox ini, banyak artikel akan dielakkan daripada disenaraikan dalam halaman carian Google. Namun begitu, perkara ini sebenarnya boleh dielakkan sekiranya kita tidak berpusu-pusu menerbitkan artikel yang banyak setiap hari.
Aturan sehari 1 artikel
Antara tujuan menerbitkan 1 artikel sahaja setiap hari, terutama untuk blog baru adalah untuk mempercepatkan proses keluar daripada Google Sandbox ini. Ada yang berpendapat perlu menanti 90 hari sebelum keluar daripada pantang ini.
Namun sudah beberapa kali diujikaji, dalam tempoh 2 minggu sekiranya kita membuat aturan yang betul, laman kita akan mula diindex dan disenaraikan dalam halaman carian Google.
Walaupun mungkin akan ada yang mempertikaikan perkara ini, biarlah mereka pertikaikan. Kita hanya perlu usahakan dengan strategi dan teknik lengkap yang dikongsikan di sini.
Menerbitkan 1 artikel sehari untuk tujuan strategi promosi di social media yang berkesan ini akan turut memberikan impak dalam proses keluar daripada pantang Google ini.
Sila pastikan laman anda juga telah dilengkapi dengan pautan Google Search Console dan ikut aturan memberitahu Google mengenai setiap artikel baru yang kita terbitkan.
Jika kita melakukan semua aktiviti ini dengan kadar dan aturan yang ditetapkan, kita akan dapat mengeluarkan diri dari kelompok laman spam yang Google ingin keluarkan dalam senarai carian mereka.
Apa yang penting, tunjukkan kita ini adalah penulis yang baik, kita ingin memikat pembaca dan bukan sekadar ingin memanipulasi sistem penyenaraian artikel di halaman pertama Google.
Selamat menulis.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Macam mana, kalau…
Assalamualaikum dan salam sejahtera, perkara yang seringkali akan bermain di kebanyakan penulis adalah, macam mana, kalau… dan senarai selepas…... Baca selanjutnya »
Menyediakan ruang yang selesa untuk berkarya
Assalamualaikum dan salam sejahtera, salah satu perkara yang akan membantu dalam kesinambungan kita menulis adalah ruang yang selesa….... Baca selanjutnya »
Artikel sebagai sumber pendapatan pelbagai cabang
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mengusahakan laman dengan penulisan artikel, kita sebenarnya sedang membina mesin wang jangka…... Baca selanjutnya »
Jauhi media sosial semasa menulis
Assalamualaikum dan salam sejahtera, ini adalah perkara penting yang perlu kita semat dalam diri, semasa menulis, berhenti seketika…... Baca selanjutnya »
Bagaimana memasukkan gambar dalam preview promosi media sosial
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini ingin berkongsi bagaimana untuk kita melakukan promosi di media sosial seperti Facebook…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions