Assalamualaikum semua,
mungkin kita dah pernah dengar petikan bahasa inggeris yang berbunyi
Facts tell, story sell
Ini sebenarnya memang ada banyak kebenarannya, harini ini, ramai yang terlalu fokus memberitahu mengenai fakta produk, tetapi tidak mengolah cerita yang lebih penting disebalik produk tersebut.
Olahan-olahan cerita begini yang sebenarnya akan membuatkan prospek kita berminat untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan kita. Andai anda menulis artikel di blog, banyakkan cerita-cerita begini, kemudian susun perjalanan mereka untuk ke halaman jualan.
Ini adalah teknik paling asas untuk kita membuat jualan menggunakan blog, banyak cerita, tingkatkan minat mereka, tanam idea-idea penting dalam minda bawah sedar mereka ketika mereka membaca, dan akhirnya mereka akan mengambil tindakan untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.
Ianya perlukan latihan dan pengalaman yang agak mendalam untuk boleh nampak perjalanan ini. Namun jika anda berpeluang untuk belajar terus bersama dengan seorang Blogger Tua, silalah ambil peluang tersebut.
Proses yang sama boleh diaplikasikan untuk semua jenis perniagaan, tak kira produk atau perkhidmatan. Apa yang lebih penting bukan pengalaman menjual produk yang sama, tetapi pengalaman untuk menyusun cerita agar apa juga produk akan dapat dijual dengan lebih lancar.
Soalnya sekarang, sudahkan anda menulis artikel anda? Sudahkan anda melatih kemahiran menulis anda? jika tidak, masih belum terlambat untuk bermula.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Terma-terma pengurusan laman yang perlu kita ketahui
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini ingin berkongsi beberapa terma yang mungkin kita biasa dengar, tetapi masih kurang…... Baca selanjutnya »
Membuah olahan daripada penulisan orang lain
Assalamualaikum dan salam sejahtera, andai selepas kita membuat proses menjana idea tetapi masih terasa seperti ada sesuatu yang…... Baca selanjutnya »
Bagaimana menguruskan pemasaran untuk artikel yang berkesan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita membina blog atau laman sesawang dan mengusahakan penulisan artikel di dalamnya, penting…... Baca selanjutnya »
Menilai kadar conversion dalam laman untuk hasil yang baik
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita ingin membuat jualan menggunakan artikel dan penulisan kita, salah satu perkara penting…... Baca selanjutnya »
Berehat ketika perlu, untuk teruskan dengan lebih jitu
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila menguruskan laman sesawang dan artikel secara intensif, memang ada ketika kita terasa seperti…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions