Chrome extension untuk memudahkan pengurusan laman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kali ini ingin berkongsi mengenai chrome extension yang kita boleh pasang dalam browser google chrome kita untuk memudahkan pengurusan laman. Ini hanyalah sebahagian daripada extension yang digunakan untuk membuat semakan pantas.

Tujuan menggunakan extension ini adalah untuk memudahkan kita mendapatkan data dengan pantas, seperti contoh data statistik terkini daripada Google Analytics dan seumpamanya. Apabila kita dapat melihat data-data ini dengan pantas, sedikit sebanyak, membantu untuk kita merancang artikel dan perjalanan web untuk lebih baik.

google chrome extension

Page Analytics (by Google)

Page Analytics (by Google) ini memberikan kemudahan untuk kita membaca data asas Google Analytics tanpa perlu membuka paparan utama Google Analytics. Ianya memudahkan untuk membuat analisa ringkas setiap hari apabila kita membuka laman yang kita uruskan.

Contoh paparan data oleh extension ini adalah seperti di bawah ini

contoh paparan page analytics (by google)
contoh paparan page analytics (by google)

Anda boleh mengubah pemalar dan data yang terpapar dalam extension ini, antaranya tempoh masa analisa, segments, data pageviews dan banyak lagi. Semuanya akan dipaparkan secara terus dalam tab tempat anda membuat analisa tanpa perlu mengubah ke halaman berbeza.

Selain itu, anda juga boleh melihat di mana klik paling tinggi mengikut peratusan di halaman yang anda buka. Contohnya anda buka halaman hadapan laman anda, kemudian enable fungsi extension ini, paparan seperti di bawah akan kelihatan dengan syarat anda mempunyai akses Google Analytics web yang ingin dinilai

contoh sebahagian daripada statistik klik mengikut peratusan
contoh sebahagian daripada statistik klik mengikut peratusan

Anda akan dapat membuat penilaian yang lebih baik dengan adanya fungsi-fungsi ini. Bukan sekadar untuk melihat data berapa banyak pelawat yang berkunjung, tetapi lebih daripada itu.

Resolution Test

Resolution Test ini merupakan chrome extension yang akan mengubah saiz windows google chrome anda. Ini sesuai digunakan untuk membuat percubaan paparan laman anda dalam resolusi yang berbeza-beza. Sekaligus kita dapat membuat penilaian awal bagaimana struktur laman kita kelihatan dalam paparan saiz resolusi berbeza.

contoh paparan halaman tetapan resolution test
contoh paparan halaman tetapan resolution test

RSS Feed Reader

RSS Feed Reader ini memudahkan kita untuk menguruskan pembacaan laman-laman yang kita gemari. Ianya hanya memerlukan RSS Feed dalam setiap laman yang ingin kita baca. Kebanyakan laman memang telah mempunyai fungsi RSS Feed ini untuk memudahkan pembacaan.

Apabila kita buka halaman yang mempunyai RSS Feed, extension ini akan memaklumkan kepada kita perkara tersebut. Seterusnya kita hanya perlu klik icon tambah dalam extension ini untuk memasukkan dalam senarai bacaan kita. Kita juga boleh menyusun semua RSS Feed dalam folder mengikut kesesuaian untuk memudahkan pembacaan.

contoh paparan pemuka RSS Feed Reader chrome extension
contoh paparan pemuka RSS Feed Reader chrome extension

Ada banyak lagi sebenarnya chrome extension yang akan membantu kita menguruskan aktiviti dalam dunia digital ini, akan dikongsikan dalam artikel yang berbeza di kemudian hari.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge