Cara menambah quick action dalam mac OS untuk memudahkan pengurusan

Assalamualaikum semua,

kali ni nak bagi satu tip bagaimana kita boleh memudahkan pelbagai proses dalam aktiviti bersama macOS. Andai anda mengikuti artikel Blogger Tua daripada awal tahun lepas, ada beberapa aktiviti berkaitan dengan resize gambar dan seumpamanya yang perlu dilakukan.

Sebelum ini biasanya saya akan share untuk guna apps Preview yang hadir secara default dalam semua mac OS. Ianya mempunyai fungsi untuk resize gambar dan yang berkaitan. Kali ini, saya akan tunjukkan bagaimana kita boleh menambah fungsi quick action dalam menu untuk mencapai perkara yang sama, cuma dalam kaedah yang lebih pantas.

Gunakan automator untuk tujuan tersebut

Terlebih dahulu, gunakan kekunci cmd + spacebar untuk membuat carian pantas dan kemudian taip Automator. Kemudian klik pada icon Automator yang macam robot tu.

spotlight search untuk automator

Selepas itu, anda akan dibawah ke paparan seperti berikut, klik pada menu Quick Action kemudian pilih choose.

pilih menu Quick Action

Sila search variables menggunakan kata kunci “Images” kemudian anda akan dapat lihat senarai fungsi yang boleh digunakan bersama images. Dalam tutorial kali ini, kita akan ambil scale images untuk kita resize gambar kita kepada saiz yang kita mahukan.

pilih scale images dari senarai

Anda akan ditanya sama ada ingin menambah fungsi untuk create copy ataupun tidak, terpulang kepada anda, boleh tekan add atau sebaliknya.

Kemudian anda perlu klik pada options kemudian tick pada tetapan show this action when the workflow run, dan masukkan default value dalam size tu kepada 800. Selepas itu anda save, saya gunakan nama Resize image untuk memudahkan.

tetapan untuk image resizer

Selepas itu, anda hanya perlu right click pada image yang anda ingin resize, dan pilih quick action resize image tadi. Paparan untuk saiz akan keluar dan anda hanya perlu klik continue. Gambar anda akan diresize kepada saiz yang akan masukkan ke dalam paparan pengesahan tadi. Selesai.

contoh menggunakan fungsi quick action dalam macOS

Semoga perkongsian ini akan melancarkan lagi proses menulis artikel dengan baik.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge