Soalan ini sehingga harini akan ditanya, masih relevan ke buat blog ni? memang untuk yang tak memahami, mereka akan merasakan dunia sosial media itu lebih baik, lebih pantas, lebih berkesan.
Ini adalah hasil apabila kita membuat penilaian tanpa berada dalam industri tersebut. Bahkan ada yang bila saya menyatakan masih relevan, mereka hanya mencebik, tidak percaya. Terlalu taksub dengan FB Ads dan seumpamanya, sehingga tidak ingin pun cuba belajar daripada mereka yang sedang mengusahakan.
Selagi wujudnya enjin carian di dunia ini, blog dan laman web akan sentiasa relevan. Bahkan di Malaysia ini, disebabkan begitu sedikit yang menulis terutama berkaitan bidang perniagaan, peluangnya sangatlah besar dan boleh memberikan hasil yang lumayan jika diuruskan dengan baik.
Begitulah hakikat betapa hebatnya blog walaupun telah wujud sejak 20 tahun yang lalu. Dah tua dah sebenarnya teknik blog ni, sama tua macam teknik pemasaran email, SMS dan seumpamanya.
Namun tua tak bermakna tak bagus, yang paling penting bagaimana kita nak gabungkan teknik lama dan teknik baru untuk mendapatkan hasil yang berlipat kali ganda.
Usah terlalu taksub dengan satu-satu platform, terutama jika platform tersebut bukan atas kawalan kita sendiri. Andai blog adalah milik kita, pasti kita yang menentukan sama ada ingin terus berada dalam dunia digital atau sebaliknya.
Menjawab soalan adakah blog masih relevan? ya, sangat relevan terutama jika digabungkan dengan teknik-teknik terkini media sosial dan pemasaran berbayar yang lain.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Kaedah mempromosikan artikel di media sosial
Assalamualaikum dan salam sejahtera, harini talian internet lebih perlahan daripada kebiasaannya, inilah antara dugaan duduk di balik bukit….... Baca selanjutnya »
Kaedah meninggalkan komen yang berkesan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini kita ingin bercerita bagaimana untuk meninggalkan komen yang berkesan semasa melakukan ... Baca selanjutnya »
Berehat ketika perlu, untuk teruskan dengan lebih jitu
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila menguruskan laman sesawang dan artikel secara intensif, memang ada ketika kita terasa seperti…... Baca selanjutnya »
Jauhi media sosial semasa menulis
Assalamualaikum dan salam sejahtera, ini adalah perkara penting yang perlu kita semat dalam diri, semasa menulis, berhenti seketika…... Baca selanjutnya »
Pentingnya menguruskan data dalam laman sesawang
Assalamualaikum dan salam sejahtera, sudah beberapa kali topik mengenai pengurusan data ini telah dikongsikan. Daripada proses untuk ... Baca selanjutnya »
Reader Interactions