Artikel bermusim yang bersifat evergreen

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

apabila kita mengusahakan penulisan artikel, ada banyak topik yang akan menjadi topik evergreen atau topik yang sentiasa relevan untuk tahun demi tahun. Topik ini mungkin melibatkan masalah dalam kehidupan yang berulang-ulang mengikut musim.

Contoh pada musim hujan akan ada masalah sama yang berulang, begitu juga ketika musim kemarau dan seumpamanya. Apabila kita merancang artikel mengikut musim sepanjang tahun, trafik yang akan berkunjung ke laman kita akan berterus juga selari dengan musim yang telah kita aturkan itu.

artikel evergreen yang relevan setiap masa

Ini adalah antara teknik yang digunakan oleh kebanyakan blog yang telah lama bertapak di dunia maya ini. Mereka telah menerbitkan begitu banyak artikel yang memberikan manfaat untuk mereka sepanjang tahun pada setiap tahun.

Kita tak perlu tulis mengenai semua perkara, topik atau niche yang kita pilih pasti ada juga masalah bermusim ini. Tapi paling menarik jika topik atau niche kita itu memang sentiasa relevan sepanjang masa. Ini mungkin melibatkan aktiviti seharian di dapur, pejabat, kejiranan dan pelbagai lagi.

perancangan asas untuk artikel sepanjang tahun

Pada mulanya memang kita perlu mengambil masa untuk menjadikan semua ini satu perancangan yang lengkap. Usahlah terlalu risau, yang penting kita membuat perancangan asas agar apabila kita terleka ada panduan yang boleh kita ikuti dan turuti.

Andai ada yang ingin mendapatkan penerangan lebih lengkap, boleh tanya di ruangan komen, saya akan cuba terangkan bagaimana membina perancangan artikel evergreen ini. Selamat menulis.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge