Apa itu bounce rate

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kali ini ingin berkongsi mengenai terma bounce rate. Setakat ni, ramai masih salah faham mengenai apa itu bounce rate yang digunakan dalam Google Analytics. Mari kita sama-sama belajar mengenai terma ini dan bagaimana untuk membuat analisa yang baik.

Bounce Rate adalah peratusan pelawat yang membuka hanya satu halaman dalam web kita, kemudian mereka pun keluar terus daripada laman sesawang kita. Ini definisi asas bounce rate dalam Google Analytics

membuat analisa bounce rate dalam laman

Bagaimana membuat analisa berdasarkan bounce rate yang ada

Andai laman kita mempunyai bounce rate yang tinggi, ada beberapa perkara yang perlu kita semak. Antaranya adakah laman kita mempunyai cukup banyak artikel yang berkaitan untuk membuatkan pembaca melekat di dalam blog kita.

Seterusnya adakah struktur laman kita membolehkan pembaca melayari artikel lain dengan mudah. Jika semua perkara ini telah kita laksanakan, tetapi bounce rate masih tinggi. Besar kebarangkalian adalah artikel yang kita tulis itu tidak cukup menarik untuk pelawat yang hadir.

Namun begitu, sekiranya bounce rate yang tinggi ini berlaku pada halaman jualan yang tidak ada halaman lain untuk ditujui. Bounce rate yang tinggi itu tadi bukanlah masalah. Kita perlu lihat pula kayu ukur lain, seperti Conversion Rate. Jika conversion rate kita juga tinggi, bermakna laman kita masih mempunyai prestasi yang baik.

bounce rate yang tinggi tak semestinya bermasalah

Bounce rate tinggi atau rendah bukan kayu ukur sebenar

Secara kasar kita boleh lihat bounce rate yang tinggi ini seakan-akan tidak bagus. Ini hanya benar jika laman kita memang fokus pada pemasaran menggunakan content. Jika kita mempunyai strategi yang berbeza, ada beberapa lagi pemalar lain yang perlu kita gabungkan untuk membuat analisa yang lebih tepat.

Untuk blog biasa yang mempunyai lebih 100 artikel berkaitan, bounce rate sasaran adalah bawah 30%. Ini penting untuk memastikan kita membuat semakan di mana kesilapan yang kita telah lakukan. Sama ada penulisan, struktur laman, cara penyusunan hyperlink dan pelbagai lagi.

Perkongsian lebih mendalam mengenai bagaimana membuat analisa ini akan diterbitkan dari masa ke semasa. Semoga penerangan ringkas mengenai bounce rate ini dapat difahami.

Selamat menulis.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge