Assalamualaikum semua, kali ni nak berkongsi mengenai bagaimana dengan video terutamanya video di YouTube membolehkan kita meningkatkan prestasi dan kemampuan blog kita.
Seperti dalam perkongsian artikel 1 Juta minit video sesaat yang berkongsi bagaimana lebih 80% daripada pengguna internet masa kini menghabiskan masa mereka dengan menonton video.
Jadi bagaimana kita sebagai pengusaha blog boleh menambah baik prestasi blog kita menggunakan video?
Gabungan video dalam artikel
Seperti yang ramai sudah maklum, selain Google.com, YouTube merupakan enjin carian kedua terbesar di Malaysia ini. Banyak carian mengenai pelbagai topik yang dilakukan di YouTube.
Sebagai pengusaha blog, ini peluang keemasan yang tidak seharusnya kita lepaskan. Bayangkan, kita telah mendapat tempat di halaman pertama Google, kemudian ditambah pula dengan carian di YouTube yang turut sama akan memberi rujukan kepada kita.
Ini satu strategi lengkap yang membolehkan kedudukan laman kita dalam dunia digital lebih utuh dan teguh.
Membina sumber rujukan dalam bentuk pautan
Apabila kita menulis artikel, andai ada keperluan untuk menerangkan dalam bentuk video, buat video penerangan tersebut dan upload ke dalam YouTube.
Kita boleh embed masuk video yang telah kita upload ke dalam YouTube ke dalam artikel kita kemudian dalam masa yang sama, selepas kita terbitkan artikel kita, pastikan kita masukkan juga pautan artikel kita itu ke dalam description video dalam YouTube.
Ini akan menyebabkan pelawat yang membaca artikel kita akan menonton video tersebut, dalam masa yang sama, sesiapa yang menonton video dalam YouTube akan dapat pergi ke artikel kita melalui description yang kita masukkan tadi.
Jadi ke mana pun mereka pergi, mereka tetap akan terjumpa dengan kita. Menarik bukan? Yang penting, jangan curi video orang lain untuk kita upload ke YouTube kita. Itu tidak baik!
Artikel Menarik Untuk Anda:
Blog sebagai jenama berkekalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara kelebihan mengusahakan blog adalah kita boleh membina kredibiliti untuk jenama kita dengan keadaan yang terkawal. Setiap artikel yang diterbitkan adalah… ... Baca selanjutnya »
Click through ratio dan conversion rate
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini ingin mengajak rakan pembaca untuk berbincang mengenai click through ratio (CTR) dan conversion rate (CR). Dua perkara ini akan… ... Baca selanjutnya »
Menggunakan video dalam artikel memberikan impak positif
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila menulis artikel, selain menggunakan gambar untuk memberikan impak yang bagus ke dalam sesebuah…... Baca selanjutnya »
Kesan mengusahakan penulisan artikel secara berjemaah
Assalamualaikum dan salam sejahtera, menulis artikel ini merupakan aktiviti yang memerlukan disiplin dan juga komitmen yang agak tinggi terutamanya…... Baca selanjutnya »
Menguruskan promosi mengikut platform menggunakan utm-tagging
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini kita akan berbincang mengenai penggunaan utm tag dalam menguruskan promosi di pelbagai…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions