Assalamualaikum dan salam sejahtera,
setiap minggu pasti akan ada laman WordPress yang diceroboh atau dijangkiti dengan malware dan perkara berkaitan. Harini satu lagi laman dikenalpasti telah dijangkiti dengan fail-fail yang tidak sepatutnya. Laman tersebut tidak boleh dilayari disebabkan ada fail tambahan ini.
Ini memang menjejaskan prestasi laman secara keseluruhan terutama jika laman tersebut digunakan untuk menguruskan jualan atau bakal pelanggan yang hadir.
Punca utama ianya berlaku disebabkan ada 36 perkara yang tidak dikemaskini dalam laman ini. Ini termasuk versi WordPress, plugins, dan juga themes yang tersimpan. Bayangkan ada 36 perkara yang membolehkan penyerang menceroboh laman ini.
Ada begitu banyak lubang-lubang yang mungkin memudahkan penceroboh memasukkan fail yang berkepentingan untuk mereka. Ini antara sebab kenapa kita perlu mengemaskini versi WordPress, plugins dan themes yang kita gunakan.
Serangan ke atas laman WordPress ini ada pelbagai, ada yang duduk berdiam diri tanpa melakukan aktiviti yang mencurigakan, ada juga serangan yang menyebabkan laman terus tidak boleh dibuka, tak kurang juga serangan yang lebih kepada sekadar nak cuba jaya, dan mereka akan menukarkan halaman hadapan web kita kepada paparan yang berbeza.
Semua ini kita tidak mahu berlaku ke atas laman yang kita usahakan, bayangkan sedang pembaca yang menemui artikel kita menggunakan enjin carian ingin membaca tips yang dikongsikan, tetapi mereka kecewa tidak dapat melayari artikel tersebut. Bahkan tambah kecewa bila trafik ini dialihkan ke laman-laman yang tidak sepatutnya.
Teknologi serangan ini sebenarnya dilakukan secara automatik, mereka akan menggunakan robot untuk meninjau laman WordPress yang tidak dikemaskini atau mempunyai vulnerable yang diketahui. Akhirnya bila robot ini menemui laman sasaran, anda popular atau tidak, laman anda akan dijadikan sasaran mudah.
Sila pastikan WordPress anda sentiasa dikemaskini dan anda menggunakan kata laluan yang baik agar tidak menjadi mangsa mudah. Saban hari, ada sahaja laman WordPress yang menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab dan disebabkan kecuaian kita sendiri.
Selamat menguruskan laman WordPress anda.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Perlu atau tidak mengemaskini WordPress, themes dan plugins
Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam menguruskan laman WordPress, salah satu keperluan penting adalah untuk mengemaskini versi WordPress termasuklah…... Baca selanjutnya »
Memahami fungsi WordPress Site Health
Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam versi terkini fungsi Site Health Status ini telah pun diperkemaskan dengan paparan 2…... Baca selanjutnya »
Antara pantang larang menguruskan laman WordPress
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini ingin berkongsi mengenai pantang larang menguruskan laman WordPress, pantang larang ini bertujuan…... Baca selanjutnya »
Cara mengenalpasti serangan ke atas laman
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara perkara yang perlu dihadapi oleh empunya laman adalah kebarangkalian laman akan diserang dengan…... Baca selanjutnya »
Kawalan keselamatan, perlu atau tidak?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita bercerita mengenai kawalan keselamatan, ianya berkait rapat dengan pantang larang mengusahakan…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions