Assalamualaikum dan salam sejahtera,
apabila kita telah mengusahakan penerbitan artikel untuk sekian ketika, langkah seterusnya adalah untuk membuat analisa data yang sedia ada. Kita buka Google Analytics dan Google Search Console untuk melihat artikel mana yang mendapat tarikan.
Daripada data-data ini, kita kemudian membuat kajian lanjutan menggunakan tools seperti Ubersuggest’s Free Keyword Tool. Apa yang ingin kita cari adalah, berapa banyak trafik yang sedang berlaku untuk kata kunci atau topik yang mendapat tarikan dalam data yang kita pungut dari GA dan GSC tadi.
Apabila kita telah mendapat topik yang mempunyai trafik atau tumpuan yang tinggi, selepas itu kita bolehlah mula memfokuskan penulisan kita kepada topik-topik tertentu.
Kaedah ini sedikit berbeza jika dibandingkan dengan beberapa kaedah lain yang membuat kajian kata kunci terlebih dahulu. Kelebihan menggunakan kaedah tulis dahulu ini, kita tidak akan menghadkan topik untuk kita berkarya. Semakin banyak kita tulis, semakin banyak data baru yang akan kita dapat kumpul.
Cuma penulisan akan sentiasa perlukan promosi yang baik dan lengkap, tanpa promosi, artikel tidak akan tersebar dengan baik. Anda boleh gunakan teknik-teknik promosi percuma yang telah dikongsikan dalam artikel-artikel terdahulu. Jika ada modal, boleh juga gunakan kaedah pengiklanan berbayar.
Tapi kenapa perlu bayar lebih andai teknik promosi percuma juga mendatangkan hasil yang baik. Biasakan untuk maksimumkan impak promosi yang hanya bermodalkan tenaga dan masa ini sebelum anda sibuk dengan teknik pengiklanan berbayar.
Disebabkan capaian internet tidak mengizinkan, saya akan berkongsi bagaimana untuk menggunakan tools Ubersuggest dengan lebih baik dalam artikel yang berbeza.
Buat masa ini, anda buka GSC, pergi ke performance tab, kemudian lihat kata kunci yang tersenarai di halaman tersebut, kemudian buatlah semakan dalam tools percuma Ubersuggest tersebut. Anda akan dapat lihat sama ada ianya mendapat tarikan trafik yang ramai atau sebaliknya.
Selamat mencuba.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Meningkatkan pemasaran untuk artikel yang telah diterbitkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, biasanya membina rutin penulisan itu memerlukan masa, ada yang mengambil masa 3 bulan, ada…... Baca selanjutnya »
Kesan mengusahakan penulisan artikel secara berjemaah
Assalamualaikum dan salam sejahtera, menulis artikel ini merupakan aktiviti yang memerlukan disiplin dan juga komitmen yang agak tinggi terutamanya…... Baca selanjutnya »
Penulis jemputan sebagai salah satu kaedah pemasaran artikel
Assalamualaikum dan salam sejahtera, satu lagi perkara yang boleh kita lakukan untuk memasarkan artikel dan diri sendiri adalah…... Baca selanjutnya »
Menulis untuk laman kenalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, sebelum ini, kita pernah bercerita mengenai kaedah pemasaran sebagai penulis jemputan. Ada yang…... Baca selanjutnya »
Bila minda terlalu penat untuk menulis
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita menulis setiap hari, ada ketika minda kita terasa terlalu letih untuk menambah…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions