Assalamualaikum dan salam sejahtera,
apabila kita bercerita mengenai laman sesawang, salah satu perkara penting yang perlu kita ambil berat adalah kelajuan halaman artikel kita untuk dilayari. Dengan situasi masa kini, ramai yang melayari laman sesawang menggunakan telefon pintar.
Mereka menggunakan data daripada penyedia perkhidmatan, ada yang laju tak kurang juga yang sederhana sahaja. Andai kita ingin menulis artikel, penting untuk memastikan artikel kita itu mudah untuk dicapai dan ianya tidak menyebabkan data pembaca kita digunakan terlalu banyak.
Pengurusan gambar
Ada dua perkara yang perlu kita ambil tahu mengenai pengurusan gambar ini, satu adalah untuk memastikan gambar yang kita gunakan itu adalah ringan. Format JPG dengan saiz kelebaran sekitar 800px dan berat pada kadar 100-150kB boleh kita gunakan. Ini perkara asas yang kebanyakan telahpun pelajari lebih awal.
Selain itu, sekiranya kita ingin memasukkan gambar yang banyak, sila gunakan fungsi block gallery dalam WordPress untuk memaparkan gambar dengan susun atur thumbnail yang lebih kemas dan yang paling penting lebih ringan walaupun banyak gambar yang ingin kita paparkan.
Fungsi block gallery ini akan menyebabkan gambar dalam artikel hanya dipaparkan dalam susunan thumbnail kemudian pembaca akan boleh klik pada thumbnail tersebut untuk melihat paparan penuh gambar. Ini akan memberikan pengalaman yang lancar kepada para pembaca kita.
Penggunaan video dalam artikel
Sekiranya kita ingin memasukkan video dalam artikel, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah untuk memuat naik ke dalam YouTube video yang kita ingin guna itu. Selepas itu, pastikan tetapan agar video YouTube itu tidak terus auto-play adalah sangat penting.
Sekiranya anda menggunakan plugin WP Rocket, sila pastikan anda mengaktifkan fungsi untuk menukarkan player video kepada gambar statik sebelum mereka menekan butang play. Ini akan memberikan prestasi laman yang lebih laju dan dalam masa yang sama tidak mengganggu pengalaman pembaca.
Sentiasa tanam dalam fikiran, pembaca perlu selesa agar mereka duduk lebih lama dalam laman kita. Semakin lama mereka melayari artikel di laman kita, semakin bagus untuk pengurusan dan kesan jangka masa panjang halaman kita.
Kita inginkan laman yang bukan sahaja menarik pembaca baru, tetapi pembaca yang telah masuk perlu duduk lama agar ianya memberikan hasil yang kita inginkan. Selamat menulis.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Artikel bermusim yang bersifat evergreen
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mengusahakan penulisan artikel, ada banyak topik yang akan menjadi topik evergreen atau…... Baca selanjutnya »
Membaca untuk memperbaiki penulisan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara perkara penting yang perlu kita buat sekiranya ingin sentiasa memperbaiki penulisan adalah membaca….... Baca selanjutnya »
Berapa patah perkataan yang sesuai
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara soalan yang paling kerap diterima adalah, berapa patah perkataan yang paling sesuai untuk…... Baca selanjutnya »
Jenis-jenis blog yang boleh diusahakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bercerita mengenai blog, sebenarnya ada banyak jenis blog yang boleh kita usahakan. Antaranya…... Baca selanjutnya »
Berehat ketika perlu, untuk teruskan dengan lebih jitu
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila menguruskan laman sesawang dan artikel secara intensif, memang ada ketika kita terasa seperti…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions