Pentingkah melakukan promosi artikel?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

apabila kita telah mencapai rutin penulisan artikel yang mantap, satu perkara penting yang wajib dilakukan oleh semua pengusaha laman adalah untuk mempromosikan artikel-artikel tersebut. Sebelum ini pun kita ada bercerita mengenai perkara ini dalam artikel yang berbeza.

Ini adalah perkara kedua terpenting selepas penulisan artikel, artikel yang ditulis, diterbitkan tetapi tidak dipromosikan akan mengambil masa yang lebih lama untuk mendapat perhatian. Sememangnya apabila kita telah mematuhi aturan penulisan yang disediakan oleh Eizil, ianya akan memberikan impak yang positif.

kesan promosi jangka masa pendek dan panjang

Namun dalam masa yang sama, kita ingin buat lebih agar keputusan dan hasil yang lebih cepat akan kita dapat nikmati. Sebab itu apabila blog kita telah mempunyai cukup artikel, penting untuk kita usahakan seberapa cepat promosi untuk artikel-artikel yang telah ditulis ini.

Kesan promosi jangka masa pendek dan panjang

Apabila kita melakukan aktiviti seperti blogwalking ke blog-blog yang berkaitan, sebenarnya ada banyak impak yang akan kita perolehi. Impak ini selain dari sudut trafik, ianya juga akan memberi impak dari sudut perhubungan atas talian untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Anggaplah seperti kita sedang tinggal di satu kejiranan, andai kita telah berkenalan dengan lebih ramai jiran-jiran, pasti kehidupan kita di kejiranan itu akan lebih aman damai dan bahagia. Banyak faktor yang akan menyebabkan kita rasa begini.

Anda akan dapat merasai bagaimana perhubungan atas talian ini akan memberikan impak yang sama seperti perhubungan di alam nyata. Saling berkongsi pendapat, saling bertukar fikiran, bantu-membantu antara satu dan lain serta banyak lagi.

tinggalkan jejak agar orang tahu kewujudan kita

Atur aktiviti promosi setiap hari

Setiap hari, atur waktu yang kita ingin lakukan promosi di pelbagai platform, pastikan ianya akan dibuat setiap hari tanpa jemu. Kesan yang kita akan dapat mungkin cepat mungkin juga lebih lambat, namun sekiranya kita tidak melakukan perkara ini, memang kita akan terpaksa tunggu lebih lama.

Pernah salah satu laman yang diusahakan tanpa sebarang promosi memerlukan lebih 9 bulan sebelum trafik mula masuk dan mendapat hasilnya. Ini satu tempoh yang agak lama, tetapi laman tersebut telah dibina dengan perancangan yang cukup teliti.

Kita tidak mahu bazirkan semua artikel yang telah kita terbitkan sehingga saat ini. Andai ada peluang untuk promosikan, silalah lakukan dengan gembira. Jangan menjadikan perkara ini sebagai satu beban pula, lakukan atas asbab, kita ingin meningkatkan saham akhirat kita dengan penulisan yang telah diterbitkan.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge