Langkah-langkah untuk memikat Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

apabila bercerita mengenai Google, mengenai halaman pertama enjin carian, pasti ramai empunya laman menggemarkan perkara ini. Namun begitu, ada yang tidak melakukan beberapa langkah penting terutama untuk laman atau blog yang baru.

Berikut adalah langkah penting untuk kita memastikan laman kita berada di tempat yang sepatutnya.

bagaimana meletakkan artikel di halaman pertama Google

Beritahu Google kita wujud

Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah untuk memberitahu Google kewujudan artikel baru kita. Ini adalah penting untuk mengelakkan daripada Google terlepas pandang atau mengambil masa yang lama untuk mengenalpasti artikel baru kita.

Antara perkara yang perlu kita setup adalah dengan meletakkan sitemap dalam Google Search Console. Andai anda belum memasang Google Search Console di laman anda. Jemput untuk baca artikel bagaimana mengaktifkan Google Search Console dengan mudah.

Selepas itu, boleh tonton video bagaimana untuk memasang sitemap dalam Google Search Console.

Langkah lanjutan untuk memberitahu Google

Selepas kita selesai memasukkan sitemap ke dalam Google Search Console. Langkah seterusnya adalah untuk memberitahu Google setiap kali ada artikel baru yang kita ingin terbitkan.

Prosesnya mudah sahaja sebenarnya, boleh tonton video tutorial di bawah ini untuk mempelajari langkah demi langkah memberitahu kewujudan artikel baru kita.

Begitulah beberapa langkah mudah untuk memastikan laman kita tidak dipandang sendu di mata cik G. Semoga dengan langkah demi langkah ini kita akan dapat memastikan artikel kita berada di tempat yang sepatutnya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge