Assalamualaikum dan salam sejahtera,
apabila kita bercerita mengenai mengusahakan blog dan penulisan, pasti ada kos yang terlibat. Walaupun kos ini tidak sentiasa melibatkan wang ringgit, tetapi ianya adalah perkara yang perlu kita ambil kira, agar semua pelaburan yang kita buat akan mendatangkan hasil.
Kos awal memulakan blog adalah belian domain dan belian hosting. Seterusnya, kos yang perlu kita laburkan adalah untuk belajar bagaimana menguruskan blog dengan baik. Membina blog yang biasa-biasa memang tak perlukan perancangan yang rapi, namun andai kita ingin membina blog yang berdaya saing, itu perlukan perancangan yang teliti.
Setelah kita mempunyai tapak untuk menulis, kos wang ringgit secara langsung hampir tiada, namun kos secara tak langsung tetap ada. Kita perlu luang masa (ini kos paling mahal), tenaga, bil elektrik, bil internet dan lokasi untuk kita mencoretkan penulisan yang akan mendatangkan hasil.
Kita perlu ambil kira masa yang diluangkan, kerana ini adalah modal termahal yang kita ada dan yang kita gunakan. Seandainya kita beranggapan bahawa masa itu adalah percuma, kita akan bazirkan lebih banyak masa dalam kehidupan.
Penulisan ini perlu dibuat dengan tersusun, namun ianya tidak perlu sempurna seperti ingin menulis sebuah buku. Apa yang lebih penting adalah untuk kita memastikan apa yang ingin disampaikan itu dapat difahami oleh pembaca yang hadir ke laman kita.
Semakin ramai yang meluangkan masa untuk membaca penulisan kita, semakin baik pelaburan dan hasil yang kita akan terima di kemudian hari. Harini, luangkanlah seberapa banyak modal dan kos masa serta tenaga anda untuk mengusahakannya.
Hasil yang akan dinikmati di kemudian hari itu amatlah manis, namun hanya akan boleh dirasai oleh sesiapa yang mengusahakan. Soalnya sekarang, berapa banyak masa anda ingin luangkan setiap hari untuk mengusahakan penulisan ini?
Artikel Menarik Untuk Anda:
Meningkatkan pemasaran untuk artikel yang telah diterbitkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, biasanya membina rutin penulisan itu memerlukan masa, ada yang mengambil masa 3 bulan, ada…... Baca selanjutnya »
Membuah olahan daripada penulisan orang lain
Assalamualaikum dan salam sejahtera, andai selepas kita membuat proses menjana idea tetapi masih terasa seperti ada sesuatu yang…... Baca selanjutnya »
Bagaimana menguruskan pemasaran untuk artikel yang berkesan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita membina blog atau laman sesawang dan mengusahakan penulisan artikel di dalamnya, penting…... Baca selanjutnya »
Berehat ketika perlu, untuk teruskan dengan lebih jitu
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila menguruskan laman sesawang dan artikel secara intensif, memang ada ketika kita terasa seperti…... Baca selanjutnya »
Menguruskan watermark pada gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita menulis artikel, penting untuk kita masukkan gambar untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions