Assalamualaikum dan salam sejahtera,
apabila kita mengusahakan laman dengan penulisan artikel, kita sebenarnya sedang membina mesin wang jangka masa panjang yang mantap. Mesin ini memang tidak akan terus memberikan hasil, namun andai diusahakan secara konsisten, akan mendatangkan hasil lumayan.
Ada banyak cabang untuk kita menjana pendapatan menggunakan artikel yang kita terbitkan. Antara yang paling biasa dilakukan adalah dengan menawarkan pengiklanan, namun pengiklanan ini ada banyak pula jenisnya.
Ada pengiklanan banner, text, advertorial, affiliate dan macam-macam lagi. Semuanya hadir dengan harga yang berbeza-beza juga. Andai kita telah membina kelompok pembaca yang ramai dan merupakan kelompok sasaran untuk industri tertentu.
Artikel kita akan boleh menjana ribuan ringgit hanya dengan meneruskan penulisan dan mempengaruhi pembaca untuk membuat belian atau mendapatkan perkhidmatan yang kita kongsikan dalam penulisan yang diterbitkan.
Menjual kepada peminat lebih mudah berbanding orang asing
Satu perkara yang perlu kita fahami, apabila pembaca mula selesa dengan penulisan kita, satu perhubungan kepercayaan akan terbina. Perhubungan ini adalah perhubungan maya yang sangat berpengaruh dan berguna andai kita pandai menggunakannya dengan baik.
Bayangkan kita mempunyai kelompok manusia yang erat seperti kawan, tetapi tidak pernah bersua muka. Hanya dunia maya ini yang menghubungkan antara kita dan lain.
Walaupun mungkin ada ketika, bukan mereka yang membuat belian secara langsung, tetapi mereka akan tanpa segan silu memberitahu rakan taulan mereka mengenai perkara tersebut. Ini akan menjadi hebahan mulut ke mulut dan ianya datang daripada kelompok yang mereka percayai.
Apabila sampai tahap ini, mesin duit yang kita boleh gunakan akan bercambah seperti ranting di pokok yang rendang. Kita boleh menjual produk kita sendiri, membuat hebahan atau pengiklanan, mengusahakan pelbagai program referal, affiliate dan banyak lagi. Semuanya hanya dengan usaha awal untuk menulis banyak artikel dan menerbitkannya.
Andai hari ini, kita merasakan, menulis itu berat, bersabarlah, hasilnya tidak hadir serta merta, akan tiba masa, kita akan dapat menuai hasil daripada penulisan yang telah dirancang dengan baik. Usah kecundang di awal dan tengah jalan, kerana kita akan menyesal di kemudiannya.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Kos mengusahakan sebuah blog
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita bercerita mengenai mengusahakan blog dan penulisan, pasti ada kos yang terlibat. Walaupun…... Baca selanjutnya »
Jenis-jenis blog yang boleh diusahakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bercerita mengenai blog, sebenarnya ada banyak jenis blog yang boleh kita usahakan. Antaranya…... Baca selanjutnya »
Membuah olahan daripada penulisan orang lain
Assalamualaikum dan salam sejahtera, andai selepas kita membuat proses menjana idea tetapi masih terasa seperti ada sesuatu yang…... Baca selanjutnya »
Bagaimana menguruskan pemasaran untuk artikel yang berkesan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita membina blog atau laman sesawang dan mengusahakan penulisan artikel di dalamnya, penting…... Baca selanjutnya »
Membina rutin penulisan yang konsisten
Assalamualaikum dan salam sejahtera, menulis ini adalah aktiviti yang boleh dilatih dan dibuat oleh sesiapa sahaja yang berhendak….... Baca selanjutnya »
Reader Interactions