Assalamualaikum dan salam sejahtera,
apabila menggunakan enjin carian Google, sebenarnya ada beberapa tricks yang akan memudahkan proses carian kita. Dalam artikel bagaimana memeriksa artikel di halaman enjin carian, ada beberapa contoh yang telah diberikan.
Kali ini kita akan berbincang lebih lanjut, beberapa trik yang boleh digunakan untuk menjadikan aktiviti mencari maklumat di Google lebih menarik dan tersusun.
selain carian spesifik menggunakan site:
kita juga boleh membuat carian dalam tajuk menggunakan fungsi intitle: contoh penggunaan seperti di bawah
intitle: data laman membantu pemasaran
kita akan dapat hasil carian artikel yang mempunyai sebahagian perkataan tersebut dalam tajuk mereka. Hasil carian seperti di bawah:
selain intitle: ada satu lagi fungsi yang hampir sama, iaitu allintitle: hampir sama seperti intitle: bezanya allintitle: mempunyai carian tajuk yang mempunyai semua perkataan yang kita senaraikan. contoh penggunaan seperti di bawah:
allintitle: data laman membantu pemasaran
hasil carian untuk contoh ini akan memberikan kita senarai seperti dalam gambar di bawah ini
Seterusnya, kita boleh gunakan doctype: untuk membuat carian dokumen spesifik. Antara doctype yang boleh kita gunakan seperti pdf,txt,doc dan lain-lain. Contoh penggunaan seperti di bawah:
ebook duit doctype:pdf
Hasil carian ini akan difilter untuk dokumen pdf sahaja. Paparan hasil carian seperti di bawah
Menggunakan fungsi-fungsi advance ini, kita akan lebih mudah mendapatkan carian yang kita perlukan. Ianya sangat berguna untuk menjadi power user search engine seperti Google.
Ada banyak lagi trik-trik lain yang boleh kita gunakan, akan disambung dalam artikel yang berbeza pula. Selamat menggoogle.
Artikel Menarik Untuk Anda:
tiada artikel berkaitan
Reader Interactions