Assalamualaikum dan salam sejahtera,
apabila kita mengusahakan teknik SEO dalam pengurusan laman, satu perkara yang biasanya dilakukan adalah untuk menyemak kedudukan artikel kita mengikut kata kunci yang ingin kita sesuaikan. Ini perkara yang normal dilakukan oleh setiap empunya laman yang cakna mengenai kepentingan enjin carian.
Ada banyak kaedah sebenarnya untuk memeriksa kedudukan artikel di laman kita, kita boleh menggunakan tools percuma dan berbayar, mereka akan membuat semakan bagi pihak kita mengikut sela masa yang ditetapkan.
Namun begitu, sebelum menggunakan tools yang automatik ini, kita perlu juga biasakan untuk buat semakan secara manual. Salah satu cara paling asas sebelum memulakan adalah untuk membuat semakan sama ada domain kita telah diindex atau belum.
Buka halaman carian Google.com, kemudian taip command berikut
site:bloggertua.com
Setelah itu, lihat jika ada paparan result ataupun tidak. Jika ada, paparan seperti dibawah akan kelihatan
Setelah kita pasti domain kita telah diindex, proses seterusnya adalah untuk membuat carian spesifik berkaitan isi kandungan artikel yang kita tulis. Contoh seperti di bawah
sangkaan penulisan site:bloggertua.com
Andai artikel telah diindex, paparan seperti di bawah akan kita lihat
Dalam senarai, ada 6 results yang ditemui, ini melibatkan artikel yang mempunyai gabungan kata kunci yang kita pilih. Seterusnya barulah kita membuat semakan tanpa meletakkan apa-apa domain (carian umum).
Pastikan semakan dibuat dalam incognito windows @ private tab
Semakan kata kunci secara umum perlulah dibuat dalam incognito windows atau private tab untuk mengelakkan daripada carian yang kita buat itu adalah carian yang mempunyai personal preference diri kita. Kita tidak mahu semakan kita itu bersifat syok sendiri, bermaksud hanya kita yang nampak result tersebut tetapi bukan orang lain.
Jika anda menggunakan browser Google Chrome, boleh klik pada menu 3 titik untuk mengaktifkan incognito windows.
Semasa membuat carian begini, semua link dalam senarai akan mempunyai warna yang sama. Tiada link yang bewarna biru gelap @ biru kundang sepatutnya kelihatan. Andai ada, bermaksud anda tidak membuat langkah ini dengan betul.
Jika artikel anda belum tersenarai, ada kemungkinan besar disebabkan domain masih baru dan anda sedang dalam pemerhatian Google Sandbox. Usah risau, benarkan beberapa bulan untuk buat semakan semula. Kita menulis bukan untuk jangka masa pendek, tetapi strategi yang digunakan adalah untuk kesan jangka masa panjang.
Semoga tips ringkas ini akan memberikan kemudahan untuk anda menguruskan blog dan artikel dalam enjin carian.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Artikel sebagai sumber pendapatan pelbagai cabang
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mengusahakan laman dengan penulisan artikel, kita sebenarnya sedang membina mesin wang jangka…... Baca selanjutnya »
Memikat pembaca dengan membantu mereka tanpa kos
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita ingin memikat hati pembaca ini, ada banyak kaedah dan caranya, antaranya adalah…... Baca selanjutnya »
URL Pendek untuk promosi lebih berkesan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita ingin mempromosikan artikel kita di pelbagai platform online, ada platform yang menyebabkan…... Baca selanjutnya »
Langkah-langkah untuk memikat Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bercerita mengenai Google, mengenai halaman pertama enjin carian, pasti ramai empunya laman menggemarkan…... Baca selanjutnya »
Kos mengusahakan sebuah blog
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita bercerita mengenai mengusahakan blog dan penulisan, pasti ada kos yang terlibat. Walaupun…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions