Bagaimana data laman membantu dalam pemasaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

data adalah perkara yang boleh kita pungut dan kumpul menggunakan perkhidmatan percuma seperti Google Analytics, Google Search Console dan sebagaimana. Data-data ini walaupun percuma tetapi memberikan kita impak yang bagus sekiranya dihadam dengan baik.

Data-data pengunjung seperti lokasi mereka, apa yang mereka baca, berapa lama mereka baca, bagaimana perjalanan mereka dalam laman kita akan membolehkan kita membuat pelbagai perkara dengannya.

mengumpul dan membaca data adalah perkara yang sangat penting

Seperti yang kita sedia maklum, pemasaran yang baik adalah pemasaran yang ditujukan tepat kepada kelompok sasaran. Biasanya marketer akan membuat survey, kajian dan sebagainya untuk membuat penyelidikan mengenai kelompok sasaran ini.

Kelebihan untuk empunya laman sesawang adalah, kita boleh mempercepatkan proses tersebut dengan membaca data-data yang telah kita kumpulkan menggunakan perkhidmatan percuma yang kita nyatakan tadi.

Contoh mudah, selepas kita membuat bacaan data, kita dapat kesimpulan, mereka yang berumur 25-30 tahun yang tinggal di negeri Melaka, mempunyai kecenderungan untuk membaca laman kita terutama untuk topik berkaitan dengan kehidupan.

mengenalpasti kelompok sasaran dalam pemasaran

Daripada data ringkas ini, kita boleh susun promosi untuk orang Melaka. Promosi yang ditawarkan untuk menarik perhatian golongan atau kelompok 25 hingga 30 tahun ini.

Proses mereka letak promosi ini akan lebih mudah dan kita tak perlu bersusah payah meneka seperti seorang pak nujum, sama ada mereka akan baca atau tidak. Semuanya telah dijelaskan menggunakan data yang dikumpul sejak mula-mula kita mengusahakan laman sesawang atau blog ini.

Apa yang lebih penting adalah untuk kita memastikan, kita memahami data yang disediakan, andai tersilap penilaian, ianya boleh memberikan kesan yang berbeza pula.

Selamat membaca data.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge