Penulisan yang dipaksa-paksa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

bercerita mengenai menulis ni, memang banyak perkara yang akan kita hadapi. Antaranya adalah memaksa diri dalam menyelesaikan sesuatu penulisan atau artikel.

Memaksa di sini bermaksud, kita memilih satu topik untuk ditulis, kemudian di pertengahan jalan, olahan tidak dapat diteruskan, namun disebabkan kita ingin menerbitkan juga artikel tersebut. Kita memaksa diri kita untuk teruskan juga penulisan.

kesan memaksa diri dalam penulisan

Kesan penulisan yang dipaksa-paksa

Akibat daripada aktiviti ini, kita akan menyebabkan penulisan kita itu jadi goyah, tidak mudah untuk difahami dan akhirnya menjadi penulisan yang tidak berkesan.

Maklumat yang ingin disampaikan mungkin hanya akan dapat disampaikan separuh jalan sahaja. Ini adalah satu kerugian besar yang seharusnya kita elakkan.

Seandainya kita menghadapi masalah untuk menyelesaikan sesuatu topik, pilihlah untuk berehat sebentar sebelum menyambungnya semula. Andai rehat sebentar itu tidak membantu, kita perlu mengambil langkah lebih drastik iaitu dengan memulakan penulisan baru dalam topik yang berbeza.

berhenti menulis andai itulah yang terbaik

Usah paksa diri untuk penulisan santai

Dalam penulisan santai terutama penulisan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman, atau penulisan yang ingin memberi inspirasi kepada orang lain. Penting untuk kita tidak memaksa diri.

Penulisan itu perlu hadir dengan emosi yang baik kerana tujuan ianya ditulis adalah untuk menyampaikan perkara yang positif. Emosi yang baik ini hadir apabila kita menulis dalam keadaan yang tenang dan tidak tergopoh gapah.

Pembaca akan dapat merasai kesan penulisan itu apabila emosi penulisnya stabil dan tidak berkecamuk. Andai sampai beberapa percubaan, kita masih mengalami situasi yang sama, walaupun telah bertukar menulis topik yang berbeza.

Itu bermakna tiba masa untuk kita berhenti menulis. Rehat dengan sebenar-benar rehat. Keletihan fizikal yang terlampau memang akan menyebabkan kita tidak mampu untuk meneruskan sesuatu aktiviti itu. Tidak mengapa kita skip satu dua hari tanpa penulisan, andai itu akan menyebabkan penulisan seterusnya itu lebih jitu dan hebat.

Selamat menulis.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge