Kaedah mempromosikan artikel di media sosial

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

harini talian internet lebih perlahan daripada kebiasaannya, inilah antara dugaan duduk di balik bukit. Talian telefon pun kejap ada, kejap tak ada. Namun perjuangan di dunia digital perlu diteruskan.

Sesiapa yang pernah menyertai kelas bersama blogger tua pasti tahu syarat untuk hanya menulis 1 artikel sahaja sehari. Ada banyak sebab kenapa ianya disarankan begini, terutama untuk blog yang diuruskan oleh individu sahaja.

Andai kita mengusahakan blog atau laman bersifat news portal atau berita, pasti lain pula strateginya.

kaedah pemasaran artikel yang berkesan

Membuat promosi dengan lebih tersusun

Salah satu daripada tujuan kenapa hanya 1 artikel sehari adalah untuk mengelakkan kita menjadi spammer di susur masa social media kita. Contohnya kita ingin mempromosikan di Facebook.

Apabila kita hanya mempunyai 1 artikel yang perlu dipromosikan pada hari tersebut, kita boleh pecahkan promosi kita kepada 3 sela masa. Waktu pagi, waktu petang dan waktu malam.

Selain itu, kita boleh pecahkan promosi tersebut kepada 3 lokasi pula, pagi di profile peribadi, petang di group dan malam di page. Ini sekadar contoh.

Ini akan membolehkan kita mengisi ruang sela di antara promosi itu dengan status-status lain yang akan menarik perhatian lebih ramai pembaca atau peminat.

membuat promosi secara tersusun

Memilih platform yang sesuai

Selain itu, kita juga perlu memilih platform yang sesuai dengan isi kandungan penulisan kita. Contohnya kita menulis mengenai tips ibu-ibu, carilah group yang berkaitan dengan ibu-ibu, bukan cari group iklan atau group permotoran.

Ini akan memberikan impak yang lebih baik jika dibandingkan dengan mempromosi secara membuta tuli. Kita bukan sekadar ingin membuat promosi, tetapi ingin membuat promosi yang berkesan dan memberi impak positif.

pemasaran menggunakan artikel di blog yang berkesan

Memilih masa yang sesuai

Masa yang sesuai untuk setiap individu adalah berbeza, kita tak seharusnya menjadikan waktu sesuai orang lain sebagai waktu sesuai kita. Perlu buat semakan dan percubaan.

Pada permulaan, kita pecahkan masa promosi itu kepada pagi, tengahari, petang, senja, malam, tengah malam, awal pagi dan sebagainya. Setiap waktu ini akan memberikan kesan yang berbeza-beza.

Setiap profile, group dan page ada mempunyai kelompok pembaca yang berbeza. Waktu sesuai orang lain belum tentu sesuai dengan kita. Kita boleh jadikan panduan, tetapi bukan ikut secara semborono.

Setelah mengenalpasti waktu terbaik untuk kita promosikan artikel, teruskanlah dengan sela masa tersebut. Kita akan mendapat hasil yang lebih mantap.

Itu serba sedikit mengenai kaedah promosi yang boleh kita lakukan, bertemu pula di lain ketika.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge